Tuesday 15 July 2014

Tazkirah Ramadhan di Masjid Al Muhtadin

Kuliah Suboh oleh Ustaz Mohd Rasyidi, Editor Syariah Telaga Biru

17 Ramadhan dikenali juga dengan nama (Yaumul Furqan atau orang kita panggil Nuzul Quran), hari di mana turunnya Al-Quran, kitab rujukan sekelian manusia yang beriman.  Pada 17 Ramadhan ini juga terjadinya perang pertama umat Muhammad iaitu perang Badar, berlaku pada hari Jumaat, perang untuk mendapatkan kembali hak-hak penduduk Mekah (kaum Muhajirin) yang telah berhijrah ke Madinah dengan sehelai sepinggang tika dahulu.  Di rakam dalam surah al-Anfal (bermaksud Harta Rampasan Perang).  Perang berat sebelah yang menyaksikan jumlah tentera Islam hanya 313 orang dan amat kekurangan kelengkapan senjata berbanding musuh mereka yang lengkap bersenjata seribu orang.  Peperangan ini sangat bererti kerana merupakan peristiwa yang menentukan jalan sejarah Perkembangan Islam.  Pada waktu itu umat Islam hanya sedikit dan mereka dalam peperangan ini memperoleh harta rampasan perang yang tidak sedikit.  Oleh sebab itu timbullah masalah bagaimana membahagi harta-harta rampasan perang itu, maka kemudian Allah menurunkan ayat pertama dari surah ini.  (Mari lah sama-sama kita membaca dan memahami makna surah al-Anfal lepas ni bagi lebih menghayati ya... ;))

Baiklah, Al quran ini turun dalam dua fasa iaitu fasa pertama, turun daripada Luh Mahfuz ke Baitul Izah seketul (maknanya turun kesemua 30 juzuk), dan fasa ke dua turun ke bumi secara berperingkat di mana seperti yang kita tahu, malaikat jibril sebagai perantara menyampaikan kepada Baginda Nabi saw. Turunnya ke bumi selama 23 tahun.

Kata ustaz ni lagi, sebagai orang beriman kita perlu sentiasa ingat Allah, tengok harta ingat kembali pada Allah, dapat naik pangkat ingat Allah, bawak kereta ingat Allah nak cakap semua perkara yang kita buat kita perlu pantulkan, perlu kembali kepada Allah swt.  Sebab apa? Haa... Allah swt sendiri telah merakamkan dalam al-Quran, "Sesungguhnya dengan mengingati Allah jiwa kan menjadi tenteram." -Surah Ar-Rad,28

Al-Quran adalah sumber rujukan utama kita sebagai umat islam, semua aspek halal haram, suruhan tegahan, kisah-kisah, tarbiyah alquran semua ada terkandung di dalamnya.  Jadi rajin-rajin lah selak, rajin-rajin lah tadabbur al-quran ya... huhu...

Saya amat tertarik dengan satu ayat dari ustaz Rasyidi ini :

"Kalau ada habuk atas quran itu, ketahuilah hati kamu lebih tebal debu habuk dia.." Subhanallah menusuk hati...  (T_T)

Ingatlah ayat pertama yang turun adalah surah Al-Alaq; ayat simbolik umat islam perlu ada ilmu, Allah akan mengangkat darjat orang yang beriman dan berilmu antara kamu.

“Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat.” (QS Al Mujadilah : 11)

Jadi? Jom lah sama-sama kita berazam untuk sentiasa menambahkan ilmu pengetahuan kita terutamanya ilmu tentang agama.  Allahuakbar!  Kepada suami, rajin-rajinlah bawak anak isteri kemasjid dan majlis2 ilmu sekiranya kita sedar yang kita ni kekurangan ilmu, dan juga ini adalah suatu effort kita juga untuk membiasakan anak-anak dengan masjid.  Janganlah kita termasuk dalam kategori Jahil Murakkab iaitu jahil baling berat, dia tak tahu apa yang dia tak tahu, atau dia tak tau dia jahil.. haaa... don't be like this.

Sebagai muhasabah diri, ce cek kat diri kita sama-sama, tak payah tengok surah lain, cuba muhasabah, surah al-Fatihah kita, berapa perkataan, ayat yang kita faham?  Yang mana surah ini kita baca setiap hari tika solat?  Doa yang kita aminkan, kita faham kah maknanya...? huhu... Jom..! Banyak g kerja kita ke arah nak memperkasakan ilmu, nak jadi hamba Allah yang beriman dan berilmu... Tak boleh dah main-main, jom bulatkan tekad.. belajar, belajar dan teruskan belajar...

Abu Maryam
16 Julai 2014
PPAS Shah Alam.

No comments:

Post a Comment