Masjid UiTM Shah Alam -Gambar hiasan-
Alhamdulillah..
syukur di atas segala nikmatNya yang Maha Luas...
Well,
today i’m gonna story about Sang Kancil vs Sang Buaya eh, cerita-cerita macamni
mesti korang dah basi dah kan... Almaklum lah zaman milenium kut, semua di
hujung jari, bahkan teka teki yang amat payah lagi susah, yang amat dahsyat
sampai berkerut miut dahi korang sebelum ni, sekalipun jikalau di Google, pasti
akan ditemui jawabannya, tiada apa yang mustahil=p
Kih3x...
Tetiba
aku teringat akan satu ceramah kat Masjid semalam, kata ustaz tu kan, zaman
sekarang ni akan jadi kepelikan yang amat dahsyat, yang amat pelik kalau
terjadi, sesuatu yang tak masuk akal, kalau situasi itu berlaku maka memang
perlu masuk citer pelik tapi benar TV3, tp pelik nya hanya pelik pada zaman
kita laa ni ja... haaa apa dia naaa?
Ok,aku
tak nak jawab dulu, sengaja aku tinggalkan persoalan tu tergantung, jom
teruskan bacaan.. hahaha... Manusia ni pada fitrahnya semakin tua akan semakin
kembali pada fitrah, apa eak fitrah manusia?
Antara fitrah manusia ni suka pada agama, maksud nya amal soleh, ibada,
nuntut ilmu kan... Tapi ada gak jenis yang tua masih tak sedar diri kan...
Semakin tua semakin lupa diri.. (Moga kita dijauhkan menjadi golongan ni) huuhuu..
Ce
tengok kat masjid-masjid, surau-surau, kebanyakkan yang jadi pemenuh atau
tetamu tetap daripada kalangan mana? Muda mudi kah? Atau tua tui (errr ade ke
tua tui) Yup, memang kita akhirnya akan akur, ramai daripada golongan pesara
(sopan sikit sebut dari tua kan...) Hurrmmm...
Jadi
apa yang ustaz tu cuba sampai kan adalah kerisauan beliau, sebab kalau lah ada
di kampung-kampung mahupun di bandar-bandar masjid nya dipenuhi dengan golongan
muda mudi, dak-dak sekolah rendah, sekolah menengah, budak-budak U, budak-budak
keje kerajaan mahupun swasta, cikgu-cikgu yang belum tua... Haaaa... korang
pasti pelik kan...?? Pelik tapi kalau ia
berlaku, aku pasti aura dia tu akan buat kau menangis... Yea, menangis... Aku
ulang, nangis...
Dari
pengalaman aku, yang setahun jagung baru ni, memang rata-rata masjid yang aku
p, tak ramai beb golongan belia, golongan muda.. huhu...
Kalau
ada maka beruntung sangat kan, sebab pa naa...? Tengok sini :
Dari
Abu Hurairah r.a. Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Tujuh golongan, Allah akan
menaungi mereka pada hari yang tiada naungan melainkan naungan-Nya: Pertama :
Imam (pemimpin) yang adil. Kedua : Pemuda yang membesar dengan beribadah kepada Allah. Ketiga : Insan yang
hatinya terpaut dengan masjid. Keempat : Dua insan yang berkasih sayang
kerana Allah, mereka bertemu dan berpisah kerana Allah. Kelima : Insan yang
diajak (digoda) oleh wanita yang berpangkat dan cantik, lalu ia berkata :
‘Sesungguhnya aku takutkan Allah’. Keenam : Insan yang bersedekah dengan cara
yang tersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang di
belanjakan oleh tangan kanannya. Ketujuh : Insan yang mengingati Allah secara
bersunyian lalu menitiskan air matanya.”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Maka
tanyalah pada diri sendiri, lagi-lagi diri aku ni, huk3x... Jom lah azam untuk
sentiasa istiqamah kan diri p masjid atau pun surau-surau yea... Mudah-mudahan
kita tercalon sebagai golongan yang hatinya terpaut pada masjid... Amin..