Tuesday, 30 September 2014

Minda Tak Sedar





Assalamu'alaikum dan selamat pagi... Amboi, aku ni asyik pagi-pagi je updated blog.. hehe...


Well, walaupun aku tahu tak ramai yang ikuti lagi blog aku ni, aku harap aku boleh komited kaw-kaw untuk terus istiqomah dalam dunia penulisan ini, sebab aku yakin tak rugi untuk aku share apa juga ilmu aku, pengalaman aku yang terlalu sikit ni, mudah-mudahan mendapat keredhaan dariNya... Amin... 


Hemm korang, pernah tak terjadi kat korang, satu situasi yang sebegini, begini ceritanya : 

Seperti kebiasaannya, waktu pagi dalam pukul 8 pagi gitu, aku menonggeng eh sory tersyasyul, aku menunggang moto kapcai ku, destinasi yang nak ku tuju adalah stesen minyak yang terletak tidak berapa jauh dari rumahku, time nak isi minyak moto kat Shell, dengan muka yang agak macho konon nye, p kat kaunter, "Kak, pam 7 lima ringgit.", "Terima kasih..."  Then sampai kat moto, aku terus pakai helmet, start moto dan vrooommmmm... sampai kat simpang 3 traffic light tengok meter minyak moto, Ya Allah, apsal x naik-naik meter minyak ni?? AllahuAkhbar! aku tak isi minyak lagi..!! Kuang3x...

Terus aku patah balik, nasib boleh isi semula, thanks kat akak Shell tu di atas budibicara beliau.. malu giler time tu... rase semua mata tertumpu kat aku, rase diri semakin mengecil kecil dan terus kecil, macam dalam citer kartoon tu.. hahaha... 

Apa yang nak aku sampaikan, berdasarkan sketsa benar aku tu, kadang-kadang, apa juga rutin harian yang aku, kita, dia, kamu dan mereka selalu buat, memang xterlepas dari kesilapan, sebab kita semua ni tak perfect bro.. Even minum teh tarik pun boleh tercekik apatah lagi minum sup tulang... Hah amek kau.. kui3

Korang pun misti pernah ada pengalaman yang ala-ala aku tu gak kan.. Share lah, mgkin kita boleh begelak ketawa bersama-sama... Dan yang paling penting beringat sebelum terkena..  

Harini aku ingat nak sambung Pelajaran Part 3, tapi tak sangke lak mukaddimah harini panjang sangat, so kita sambung dikeluaran yang akan datang yea... Stay tune... (^__^)v