Tuesday 15 July 2014

Tazkirah Ramadhan di Masjid Al Muhtadin

Kuliah Suboh oleh Ustaz Mohd Rasyidi, Editor Syariah Telaga Biru

17 Ramadhan dikenali juga dengan nama (Yaumul Furqan atau orang kita panggil Nuzul Quran), hari di mana turunnya Al-Quran, kitab rujukan sekelian manusia yang beriman.  Pada 17 Ramadhan ini juga terjadinya perang pertama umat Muhammad iaitu perang Badar, berlaku pada hari Jumaat, perang untuk mendapatkan kembali hak-hak penduduk Mekah (kaum Muhajirin) yang telah berhijrah ke Madinah dengan sehelai sepinggang tika dahulu.  Di rakam dalam surah al-Anfal (bermaksud Harta Rampasan Perang).  Perang berat sebelah yang menyaksikan jumlah tentera Islam hanya 313 orang dan amat kekurangan kelengkapan senjata berbanding musuh mereka yang lengkap bersenjata seribu orang.  Peperangan ini sangat bererti kerana merupakan peristiwa yang menentukan jalan sejarah Perkembangan Islam.  Pada waktu itu umat Islam hanya sedikit dan mereka dalam peperangan ini memperoleh harta rampasan perang yang tidak sedikit.  Oleh sebab itu timbullah masalah bagaimana membahagi harta-harta rampasan perang itu, maka kemudian Allah menurunkan ayat pertama dari surah ini.  (Mari lah sama-sama kita membaca dan memahami makna surah al-Anfal lepas ni bagi lebih menghayati ya... ;))

Baiklah, Al quran ini turun dalam dua fasa iaitu fasa pertama, turun daripada Luh Mahfuz ke Baitul Izah seketul (maknanya turun kesemua 30 juzuk), dan fasa ke dua turun ke bumi secara berperingkat di mana seperti yang kita tahu, malaikat jibril sebagai perantara menyampaikan kepada Baginda Nabi saw. Turunnya ke bumi selama 23 tahun.

Kata ustaz ni lagi, sebagai orang beriman kita perlu sentiasa ingat Allah, tengok harta ingat kembali pada Allah, dapat naik pangkat ingat Allah, bawak kereta ingat Allah nak cakap semua perkara yang kita buat kita perlu pantulkan, perlu kembali kepada Allah swt.  Sebab apa? Haa... Allah swt sendiri telah merakamkan dalam al-Quran, "Sesungguhnya dengan mengingati Allah jiwa kan menjadi tenteram." -Surah Ar-Rad,28

Al-Quran adalah sumber rujukan utama kita sebagai umat islam, semua aspek halal haram, suruhan tegahan, kisah-kisah, tarbiyah alquran semua ada terkandung di dalamnya.  Jadi rajin-rajin lah selak, rajin-rajin lah tadabbur al-quran ya... huhu...

Saya amat tertarik dengan satu ayat dari ustaz Rasyidi ini :

"Kalau ada habuk atas quran itu, ketahuilah hati kamu lebih tebal debu habuk dia.." Subhanallah menusuk hati...  (T_T)

Ingatlah ayat pertama yang turun adalah surah Al-Alaq; ayat simbolik umat islam perlu ada ilmu, Allah akan mengangkat darjat orang yang beriman dan berilmu antara kamu.

“Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat.” (QS Al Mujadilah : 11)

Jadi? Jom lah sama-sama kita berazam untuk sentiasa menambahkan ilmu pengetahuan kita terutamanya ilmu tentang agama.  Allahuakbar!  Kepada suami, rajin-rajinlah bawak anak isteri kemasjid dan majlis2 ilmu sekiranya kita sedar yang kita ni kekurangan ilmu, dan juga ini adalah suatu effort kita juga untuk membiasakan anak-anak dengan masjid.  Janganlah kita termasuk dalam kategori Jahil Murakkab iaitu jahil baling berat, dia tak tahu apa yang dia tak tahu, atau dia tak tau dia jahil.. haaa... don't be like this.

Sebagai muhasabah diri, ce cek kat diri kita sama-sama, tak payah tengok surah lain, cuba muhasabah, surah al-Fatihah kita, berapa perkataan, ayat yang kita faham?  Yang mana surah ini kita baca setiap hari tika solat?  Doa yang kita aminkan, kita faham kah maknanya...? huhu... Jom..! Banyak g kerja kita ke arah nak memperkasakan ilmu, nak jadi hamba Allah yang beriman dan berilmu... Tak boleh dah main-main, jom bulatkan tekad.. belajar, belajar dan teruskan belajar...

Abu Maryam
16 Julai 2014
PPAS Shah Alam.

Kenanga Wholesale City (Shopping Raye)

Hari ini nak share sikit pengalaman bershopping kat Kenanga Wholesale City, almaklumlah dah 17 Ramadhan, baju raya seketul pun tak beli lagi, jadi kami (saya, zaujah, Haura' ngan adik bongsu saya) cadang nak p lah ke KWC sane.  Pagi tepat pukul 10 lebih kurang maka bertolak kami dengan semangatnya nak membeli belah (konon ea).  Dari Damansara Damai ke KWC ni lebih kurang 30 minit je, Alhamdulillah jalan agak clear walau pun harini kan cuti Nuzul Quran, cuak gak takut terperangkap dalam jem, lomah den, dah lah manual kereteku itu.. huhu... Ok2, jom sambung...
Sampai-sampai je kami dah menghadapi cabaran pertama, PARKING!! Huhu... Tak sangka, ramai pulak harini yang mengunjung... Dari tingkat 8 parking dah FULL akhirnya lepas penat ronda-ronda kami dapat parking di Level 12.  Fuhhh...


Tempat Parking paling tinggi penah kami parking... haha...


Gambar ambil dari google, gambar penuh KWC

Kemudian, bermulalah misi kami, banyak betul kedai-kedai kat sini, rata-rata adalah pemborong, kalau ikutkan memang ada barang yang murah, tp kalau nak lagi murah, kene beli banyaklah.. =p

Kat sini dari tingkat LG sampai tingkat 7 penuh dengan kedai-kedai seperti kat board di bawah... Memang tercabut segala skru lutut, tambah-tambah di bulan puasa ni... Habis terhidrat segala-galanya, Alhamdulillah dah minum Performance Drink Shaklee plus ESP pagi tadi, kurang skit kepenatanku.. Betul.. hehe..


Haura' xlekang dengan MakSu dia, kalau xasyik nak berdukung dengan Walednya.. ^^

Penat! Itulah sang Lelaki mampu ungkapkan, sambil menunggu isteri mereka belek-belek baju (belek-belek je pun xbeli pun) hahaha...

Fenomena biasa para suami dan sang lelaki bila bershopping.. hahaha...




Secara rambangnya dapat saya simpulkan kat sini rata-rata barang yang dijual adalah terdiri daripada pakaian wanita (paling banyak kat sini), baik yang moden mahupun muslimah punya pakaian, pakaian dan permainan kanak-kanak, kasut, barang-barang hiasan, aksesori-aksesori dan beg.  Kalau anda nak cari pakaian lelaki (hajat di hati nak beli jubah as a baju raya tahun ni tp tak kesampaian kat KWC ni) memang sini kurang skit pot nya.  Baik p PKNS Shah Alam nun.. hehe... Kat sni mungkin saya boleh cakap syurga bagi wanita.. Haha...

Baiklah point-point penting dah saya share kat sini, kecuali bab makanan (Haaa... bulan pose ni kan..) hee.. Ok, jom layan gambar yang sempat saya snap barang sekeping dua...





Pakaian budak-budak dan macam-macam

Aksesori wanita...

Aksesori wanita lagi...

Permainan baby-baby



Pandangan dari atas

Minion atau banana ni bukan baru kami beli, dah sebulan, hahaa... time nak g tempat2 camnilah kita bawak balik, so bila nampak benda sama tak delah dia mintak g.. hehehe.. bijakkan..??

Lenguh kaki, duduk-duduk lu... Haura' peace... (^^)

Cabaran akhir, terpaksa beratur panjang nak bayar tiket kete... huhu..

Anda tahu apa je yang kami beli last-last?  Semua pakaian si kecil Haura' kami, baju 3 helai, seluar 3 helai, dan kasut... Untuk kami?? Nampaknya tak jumpa yang berkenan di hati, jadi nak p PKNS lah nanti.. kui3x...

Sekian, terima kasih...

Abu Haura'
15 Julai 2014
Damansara Damai

Wednesday 9 July 2014

Si Pengemis Yahudi

Alhamdulillah, pertama-tamanya dan selama-lamanya marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran kepada Allah swt di atas segala kurniaanNya, di atas segala nikmat yang amat tak ternilai dariNya, nikmat kesihatan, nikmat berkeluarga, nikmat kehidupan, nikmat tempat berteduh, nikmat makan, nikmat bernafas,  dan terlalu banyak lagi yang sememangnya kita takkan mampu hitung.  Allahu Rabbi, besar sungguh kasih sayangMu kepada kami, cintaMu kepada kami, hambamu yang lemah, yang sentiasa memerlukan bimbingan dan petunjuk dariMu...

Terlalu banyak kekurangan kita, lalai sentiasa daripada mengerjakan suruhanMu Tuhan, sentiasa melewat-lewatkan ibadat kami padaMu, sungguh jika tiada rahmat dan kasih sayangMu sememangnya kami termasuk di kalangan orang-orang yang rugi.

Pandulah kami, bimbinglah kami, pimpinlah kami ke jalan yang lurus, jalan orang yang kau beri nikmat, jalan untuk menggapai redhaMu Tuhan... Jadikanlah kami, hambamu yang senantiasa bertaubat padamu, yang sentiasa mengingati dan mengerjakan suruhanMu... Amin...

Begitulah kita sebagai manusia, perlu sentiasa bermuhasabah, bermonolog kepada Tuhan kita, moga hari-hari yang kita lalui dipenuhi dengan keberkatan dan rahmat dari Allah swt.




“Orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (al-Ra`d:28)

Di malam ke 10 Ramadhan kali ini, suka saya berkongsi satu cerita di Zaman Rasulullah saw, yang berkisar tentang seorang Pengemis Yahudi.  Jom layan dan hayati akhlak Baginda nabi Muhammad Saw, nabi yang kita cintai : 

Di satu sudut pasar Madinah al-Munawarah, ada seorang pengemis buta berbangsa Yahudi,  Hari demi hari dia akan berpesan kepada sesiapa saja yang melalui dan melintasi di hadapannya agar berhati-hati dengan insan yang bergelar Muhammad!  "Jangan korang sesekali mendekati Muhammad!  Dia itu gila! Ahli sihir!  Kalau kau dekat kepadanya nescaya akan celakalah nasibmu!" begitulah perbuatan si pengemis ini saban hari, menghina dan mencerca baginda nabi, semakin hari semakin teruk kata nistanya.

Namun, tanpa dia sedari, setiap pagi Rasulullah saw mendatanginya dengan membawa makanan.  Tanpa berkata walau sepatah apa pun, Baginda terus menyuapkannya.  Rutin ini dilakukan oleh Rasulullah saw setiap hari sehinggalah Baginda wafat.

Setelah itu, tiada sesiapa lagi yang membawa makanan kepada pengemis buta tersebut.  Sehinggalah suatu hari Saidina Abu Bakar datang kepada pengemis itu kerana beliau ingin meneruskan sunnah Baginda saw.  Baginya, itulah tanda dia mengasihi dan menyintai Rasulullah dengan meneruskan segala sunnah Baginda.  Abu Bakar melihat gelagat pengemis tersebut, tidak disangkanya begitu benci pengemis itu dengan Baginda nabi, kata-kata penghinaan pengemis itu kepada nabi amat memilukan hati Abu Bakar.  Beliau kagum kerana Rasulullah masih boleh memberi makanan kepada orang yang menghinanya setiap hari?

Lalu, Abu Bakar pun duduk mendekat pengemis itu, dan ketika hendak menyuap makanan kepada si pengemis, pengemis itu lantas berkata, "Siapa kamu??"

"Akulah orang yang selalu datang kepadamu,"  Abu Bakar cuba meyakinkan pengemis itu.

"Tidak! bukan  kamu.  Kalau dia, mudah sahaja aku menelan makanan kerana dia akan melembutkan makananku sebelum aku makan." jerkah pengemis buta.  Air matanya seakan berlinangan kerana jauh di sudut hatinya amat merindui tangan yang selalu menyuapnya makan.  Dia terlalu ingin tahu di manakah orang yang memberinya makan itu? Adakah dia ada menyinggung perasaan orang tersebut sehingga dia marah lalu tidak lagi datang memberinya makan? Kalau benar demikian, pengemis tersebut terlalu ingin meminta maaf kepanya, ya, maaf yang sungguh-sungguh kerana dia tidak rela ditinggalkan dan dimarahi oleh insan yang baik tersebut.  Air matanya sudah tak dapat ditahan lagi.  Dia menangis.

Abu Bakar yang sedari tadi diam, kerana tersentuh mendengar cerita pengemis buta akan akhlak Baginda nabi, benar-benar merasa sebak, keluhuran akhlak Baginda amat mengetarkan hatinya.  Cintanya pada Baginda bertambah-tambah.  Rindunya pada Baginda bukan kepalang.  

Dalam hiba Abu Bakar berkata "Ya, memang bukan aku orang itu... Orang yang memberimu makan selama ini sudah meniggalkan kamu dan dunia ini.  Akulah yang menggantikannya.  Aku ialah Abu Bakar, sahabat kepada Muhammad, orang yang setiap hari memberi kamu makan..."

Mengetahui hal itu, pengemis buta itu tersentak, tidak disangkanya insan yang dirinduinya itu adalah insan yang selalu dihinanya.  Maka, makin kuatlah esak tangis pengemis itu, dia begitu menyesali perbuatannya.  Saat itu juga, Abu Bakar telah menjadi saksi akan keislamannya... Subhanallah..

Sungguh indah Akhlak Nabi... T_T


Monday 7 July 2014

Membina Kredibiliti

Alhamdulillah, hari ini dah 10 hari kita berpuasa, terasa amat pantas kan masa berlalu meninggalkan kita.  Adalah amat rugi jika kita tak dapat manfaatkannya dengan semaksimumnya… huhu…
Entry kali ini saya nak kongsi berkenaan tips untuk mempertingkatkan kredibiliti diri, lebih khusus lagi tips untuk success dalam bidang marketing, bisnes mungkin lebih tepat MLM... Haaaa... tu dia...amek ko... hehe...  Ia sedikit sebanyak hasil daripada blogwalking (melayari blogs), bacaan dan pengalaman... Moga saya dan anda yang membaca dapat manfaat sedikit sebanyak yea... ;)

Kehidupan sekarang (terutama kek KL atau bandar-bandar ni), amat-amat memerlukan suami dan isteri berkerja.  Kerjaya eksekutif (yang gaji 3K paling ciput) pun belum tentu si suami boleh sendirian menanggung perbelanjaan keluarga.  Manakan tidak, seperti yang kita memang al maklum, dengan sewa rumah nya, kereta, pengasuh, bil-bil utilities, nak bayar broadband, topup, minyak kereta, servis kereta, belanja dapor, yuran sekolah anak-anak, nak beli petai (eh, petai pun masuk skali? Hehe..) dan macam-macam lagilah, memang terngago mulut ea...   Malah ada yang dua-dua berkerja pun masih belum dapat mengcover semua kos itu.  Dahsyat kan?

Sebab tulah, setiap dari kita perlu ada side income, perlu ada bisnes, tak kira lah bisnes apapun yang penting halal dan dapat menyumbang sedikit sebanyak dalam perbelanjaan harian, tol tak?  Antara contoh ea, kita boleh berniaga (jual bege waktu malam ke, jual nasi lemak ke (bukan lemak k, hehe), jual pakaian terpakai dll), jadi cikgu tuisyen, buat drophips, affiliate, bisnes internet, buat namecard, jadi mat despach (delivery pizza domino =p) dan macam-macam lagilah termasuk join MLM (Multi Level Marketing) Haaa.. kan..? Ramai orang seram dengar perkataan ni, tp nak saya ingatkan, xde apa yang seram pun, MLM, MLM, MLM haaa... seram ke..? Tak kan.. hehe..  MLM ni bagus, baik, dan paling dapat merapatkan ukhwah sebab ia adalah bisnes secara berkumpulan, berjemaah TAPI.... haaa....ada tapi k, kalau kita nak join MLM, kita perlu pastikan betul-betul, produk tu bermanfaat ke? Ada MLM yang takda produk tau, haaa...kena hati-hati, kaji sistem dia, rujuk lah mana-mana blog yang ada kepakaran dalam bidang ni, MLM ni perlu ada syariah Compliance bagi menjamin ia tak melanggar batas-batas perniagaan dalam islam yea... Macam saya dan isteri memilih SHAKLEE, sebab apa? Sebab ia memang sistem MLM yang adil, patuh syariah Compliance, disamping produknya dapat memberi manfaat kepada masyarakat, inshaAllah... Saya akan menceritakan lebih details pasal Shaklee di ruangan yang lain yea.. ;)

Sekiranya anda memang telah ada bisnes sendiri, Alhamdulillah.  Syabas diucapkan! Aduh, panjang pulak mukaddimah saya, (jangan marah..hehe).. Jom layan tips-tips ringkas di bawah yakni bagaimana untuk kita berjaya dalam bidang yang kita ceburi itu :

1)      REWARD diri anda dahulu – sebab? Dah ada bisnes/kerja partime.. Tahniah
2)      Niatlah tujuan kita buat bisnes bukan just nak duit, niatkanlah “Nak settle masalah manusia” – jadi kita takde nak stress sgt kalau xberapa masyuk, malah kita akan happy jer.. Ingat, orang yang mempermudahkan masalah orang lain, Allah akan lebih mempermudahkan jalan baginya =)
3)      Baiki diri supaya orang percaya dekat kita, maknanya jangan suka menipu, mungkir janji, try to be punctual, tepati masa, sentiasa berketrampilan kemas dan sedap mata memandang (xsemestinya pakaian anda perlu mahal k)
4)      Tambah diri dengan ilmu! Sentiasa improve diri dengan ilmu baru.  Kalau jual produk, pastikan kita tau, kita faham, kita kenal 150% pasal produk yang kita jual tu.  Buatlah research skit, supaya bila kita present kat orang, orang akan ternganga tgk kepetahan kita..wow..
5)      Ingat, marketing yang bagus, bukan kita cari customer, tapi customer cari kita... haa... macamna? InshaAllah akan sama-sama kita bincangkan dalam topik akan datang yea, tp point nya adalah kita perlu belajar macamana supaya customer cari kita... haaa..menarik kan...
6)      Jangan takut.  If you want to change your future, then change yourself.  Jangan takut pada perubahan yea... (Perubahan yang positif lerrr...)

7)      Lightening kan AURAmu... Senyum.  Yea, try lah, buat kan senyuman yang paling ber”aura” yang kita ada.  Praktis, dengan senyum kita lebih mudah mendekati customer dan automatik kita sendiri akan rasa lebih optimis dan bersemangat.  Chaiyok3x...! (^_^)
1)      Selalulah membaca al-Quran, solat 5 waktu jangan tinggal, tambah lagi dengan solat sunat rawatib, sentiasalah berzikir dan berdoa.  Mudah-mudahan kita adalah pemenang! Berjaya di dunia dan akhirat.. Amin..


Komited Pencetus Perubahan

Dalam mengejar cita-cita, adalah penting untuk kita komited (bagi saya komited ni adalah suatu semangat, semangat yang tak kenal erti putus asa, punyai strategi dan backup yang hebat plan A, plan B, plan C dan disiplin yang tinggi).  Hebat kan makna komited ni??

Hehe... Dan justeru tidak hairanlah jika sesiapa yang bersikap komited, dia adalah orang yang terkedepan sekali dalam masyarakat.  Susah ke nak jadi komited??  Dalam dunia ini, tiada yang senang, semuanya penuh dengan perjuangan dan cubaan, kalau tak, lemah lah kita, malas lah kita jika hidup mudah sentiasa. 

Baiklah, suatu perkara di sini saya nak share, dalam usaha untuk kita menjadi seperti tajuk di atas, apa dia? Haaa... komited lah... pandai... ^^
Satu perkara utama yang kita perlu ada dan ubah adalah mindset kita...!  Yup, mindset ataupun fikiran dan cara tindakan kita.  Ingat, kalau mindset kita salah, walau berjuta ringgit kita labur tetap kita akan sama, sama macam dulu, tak ada apa2 perubahan.  Iyalah, just imagine kalau anda masih seperti semalam, masih seperti sebulan yang lepas, masih seperti 4 bulan yang lepas malah masih seperti 3,4 tahun yang lepas, adakah anda menjangka 10,20 tahun akan datang anda akan jadi seorang yang hebat, yang kaya??




Mindset!! Yup, tukar lah mindset kita, maksudnya kalau sekarang ni kita punya mindset masih mindset keranai tukar pada mindset pegawai, kalau sebagai pelajar, tukar sebagai pensyarah, nak jadi jutawan tak? Tukarlah mindset kita seperti mindset jutawan, cara mereka melihat peluang, cara mereka bertindak, berfikir dan membuat keputusan.  Semuanya kita boleh kaji melalui pembacaan dan pergaulan dengan mereka.  Then, lepas kaji apa lagi, trylah praktikkan, memang susah waktu mula-mula, tapi (haa... ada tapi) tapi just do it!  Paksa diri kita...!  Sampailah kita sebati dengan perangai positif itu.  InshaAllah bila dah kita usaha, Allah takkan sia-siakan usaha kita, pasti kita beroleh kejayaan... (^___^)v


Semoga saya dan anda dapat melalui Rmadhna al-mubarak ini dengan jayanya... Maksud dengan jayanya ni, mudah-mudahan kita jadi insan yang lebih better dari sebelumnya, moga segala amal ibadah kita diterimanya.  Amin...

Friday 4 July 2014

Alhamdulillah...

Segala puji-pujian bagi Allah, tuhan sekelian alam... Sudah agak lama saya tidak mencoretkan (update) blog saya ini.  Ya, begitu lama... Terlalu banyak kejadian, peristiwa yang berlaku dalam tempoh masa ini.

Sedar tak sedar sudah pun berada di tahun 2014, tahun di mana saya sudah menetap di Damansara Damai, Selangor.  Sudah mempunyai seorang puteri kecil Maryam Al-Haura, setahun 5 bulan genap usianya.

Alhamdulillah....

Saya akan menceritakan di lain waktu mengenai kisah-kisah kehidupan saya.

Di kesempatan ini, sy ingin berkongsi sedikit pengisian yang saya peroleh dari Ceramah agama di Surau Apartmen Impian pada 19 April 2014.

Ceramah telah dipengerusikan oleh Utz Nasir Hasan, dan ahli panelnya Utz Ahmad Nazri dan Utz Abdul Maiz, keduanya berasal dari Klang.

Tajuk ceramah cukup menarik yang saya kira memang byk ilmu boleh ditimba iaitu "Tegakkan Islam dari Rumahtangga"

Antara pointnya :

1) Zaman skg didik nak jd artis, model
Kalau kita tgk rata-rata di media hiburan, Idola Kecil, Rancangan Tarian malah ada juga kilauan emas untuk warga emas?! Ish3x, itulah sebenarnya mentaliti masyarakat kita sekarang ini, diri kita, jiwa kita, kehidupan kita dah terdorong ke arah hiburan, ibu bapa sibuk mengasah anak dengan bakat nak jadi artis, tarian, nyanyian, model.  Dunia ditagih bagai tiada istilah kematian, akhirat sana dilupakan.  Paling penting (kata ustaz ni) yakni yang paling utama adalah didikan agama, didik anak dengan agama yea...

2) Besarkan anak dengan halal
Point yang ini, biasa kita dengar dah kan, namun berapa ramai yang beringat?? Yea, besarkan anak dengan makanan, pakaian didikan dari sumber yang halal.. Kerana misalnya, makanan yang haram, akan tumbuh menjadi darah daging, yang kemudiannya akan mengotorkan hati, hati yang kotor bagaimana mungkin senang menerima ilmu? hidayah dari Allah swt.  Rasuah, mencuri, menipu, itu semua datangnya dari sumber yang tak berkat. Ingat yea..

3) Yang nak berhenti merokok sorok depan anak nt xda hujah
Kepada perokok, usakanlah untuk berhenti, jangan nanti halang anak tak bagi merokok, nanti anak tanya abah tu merokok boleh, ha, apa kita nak jawab? Kalau terpaksa juga, sorok lah dari anak-anak sementara kita dalam usaha untuk berhenti yea...

4) Ajar ilmu Akidah seawal usia
Point ni amat menarik hati saya, huhu... Didik anak kalau nak mainan mintak Allah, nak sesuatu Allah, jangan tanam sikap kebergantungan dengan ayah, mak atau sebagainya.  Nampak kecil kan, tapi natijahnya amat besar...

5) Hala tuju anak-anak siapa tentukan?
Haaa... Ibu bapalah yang berhak tentukan hala tuju anak dari kecil, kawal dari segi pakaian, tonton tv, handphone dan sebagainya, dari kecil lah kita perlu kawal.  Bagitau kesan buruk di atas tiap-tiap sesuatu yang kita tegah.  Bukan tak boleh menonton tv, tp kita perlu ada di samping mereka, sebagai penasihat kata orang... Contoh jika ada tayang perempuan xtutup aurat, nasihat kan anak kita tenang malu, tentang aurat, ada adegan lawan ibu bapa contohnya, beritahu, Allah marah, Allah xsuka anak melawan ibu bapa.  Ingat tiap2 hari tgk aurat org boleh rosak iman kita... huhu... susah kan nak control, itulah jihad kita sekarang

6) Biasakan bawak anak ke masjid / majlis ilmu
Biasakan anak dengan masjid, Subhanallah, indah nya... ^^



7) Bahan bacaan, Hp, Komik pantau

8) Tak salah tengok cerita/ tv, tp bagi ulasan islam xajar gitu, bila azan terus tutup tv, ajar anak solat jemaah ontime, jangan selalu bawak ke shoping complex/ tempat lagho.

Baiklah, rasanya panjang pula celoteh saya ni, ingat pendek je... hehe..

Semoga ketemu di lain masa.  Wslm wbt...

Fais
-Damansara Damai-
5 Julai 2014