Tuesday 15 July 2014

Kenanga Wholesale City (Shopping Raye)

Hari ini nak share sikit pengalaman bershopping kat Kenanga Wholesale City, almaklumlah dah 17 Ramadhan, baju raya seketul pun tak beli lagi, jadi kami (saya, zaujah, Haura' ngan adik bongsu saya) cadang nak p lah ke KWC sane.  Pagi tepat pukul 10 lebih kurang maka bertolak kami dengan semangatnya nak membeli belah (konon ea).  Dari Damansara Damai ke KWC ni lebih kurang 30 minit je, Alhamdulillah jalan agak clear walau pun harini kan cuti Nuzul Quran, cuak gak takut terperangkap dalam jem, lomah den, dah lah manual kereteku itu.. huhu... Ok2, jom sambung...
Sampai-sampai je kami dah menghadapi cabaran pertama, PARKING!! Huhu... Tak sangka, ramai pulak harini yang mengunjung... Dari tingkat 8 parking dah FULL akhirnya lepas penat ronda-ronda kami dapat parking di Level 12.  Fuhhh...


Tempat Parking paling tinggi penah kami parking... haha...


Gambar ambil dari google, gambar penuh KWC

Kemudian, bermulalah misi kami, banyak betul kedai-kedai kat sini, rata-rata adalah pemborong, kalau ikutkan memang ada barang yang murah, tp kalau nak lagi murah, kene beli banyaklah.. =p

Kat sini dari tingkat LG sampai tingkat 7 penuh dengan kedai-kedai seperti kat board di bawah... Memang tercabut segala skru lutut, tambah-tambah di bulan puasa ni... Habis terhidrat segala-galanya, Alhamdulillah dah minum Performance Drink Shaklee plus ESP pagi tadi, kurang skit kepenatanku.. Betul.. hehe..


Haura' xlekang dengan MakSu dia, kalau xasyik nak berdukung dengan Walednya.. ^^

Penat! Itulah sang Lelaki mampu ungkapkan, sambil menunggu isteri mereka belek-belek baju (belek-belek je pun xbeli pun) hahaha...

Fenomena biasa para suami dan sang lelaki bila bershopping.. hahaha...




Secara rambangnya dapat saya simpulkan kat sini rata-rata barang yang dijual adalah terdiri daripada pakaian wanita (paling banyak kat sini), baik yang moden mahupun muslimah punya pakaian, pakaian dan permainan kanak-kanak, kasut, barang-barang hiasan, aksesori-aksesori dan beg.  Kalau anda nak cari pakaian lelaki (hajat di hati nak beli jubah as a baju raya tahun ni tp tak kesampaian kat KWC ni) memang sini kurang skit pot nya.  Baik p PKNS Shah Alam nun.. hehe... Kat sni mungkin saya boleh cakap syurga bagi wanita.. Haha...

Baiklah point-point penting dah saya share kat sini, kecuali bab makanan (Haaa... bulan pose ni kan..) hee.. Ok, jom layan gambar yang sempat saya snap barang sekeping dua...





Pakaian budak-budak dan macam-macam

Aksesori wanita...

Aksesori wanita lagi...

Permainan baby-baby



Pandangan dari atas

Minion atau banana ni bukan baru kami beli, dah sebulan, hahaa... time nak g tempat2 camnilah kita bawak balik, so bila nampak benda sama tak delah dia mintak g.. hehehe.. bijakkan..??

Lenguh kaki, duduk-duduk lu... Haura' peace... (^^)

Cabaran akhir, terpaksa beratur panjang nak bayar tiket kete... huhu..

Anda tahu apa je yang kami beli last-last?  Semua pakaian si kecil Haura' kami, baju 3 helai, seluar 3 helai, dan kasut... Untuk kami?? Nampaknya tak jumpa yang berkenan di hati, jadi nak p PKNS lah nanti.. kui3x...

Sekian, terima kasih...

Abu Haura'
15 Julai 2014
Damansara Damai

No comments:

Post a Comment