Tuesday 7 November 2017

Assalamu'alaikum wbt...

Sekadar nota untuk diri ini, hujung bulan lepas, dah p service si KBR ni, jadinya di bawah ni adalah butiran yang saya tukar untuk dirinya, bagi menjamin prestasi engine anda... aicehh...

Kedai yang terletak kat Sg. Buloh

Jadi tayar aku tukar tayar depan jenis TT100 Dunlop punya, harga RM75
Minyak hitam RM15, Bulb break belakang RM2, dan bulb kecik untuk signal kat meter tu sekali ng socket ea, RM10.. Alang2 tu cermin helmet aku dah calar2 aku tukar sekali RM12..

So far, ok lah..

Aku selalu services moto kat sini sebab byk kedai moto.. haha.. Spare part depa pun berlambak2.. Kedai hat ni, aku tgk paling x ramai orang waktu tu, aku pun masuk, kedai lain terlalu ramai, jadi setakat nk tukar simple2 gini, boleh lah masuk mane2 kedai pomen, Tanya harga dulu kalau puas hati baru aku serahkan motor ini... jangan serah dulu baru Tanya harga k..

Alright.. .that's all yang aku nak highlight, utk rujukan jugak pada masa depan.. hihi.. =)

Sunday 30 April 2017

Bismillah..

Harini bersamaan 1 May 17, aku merajinkan diri untuk ke bengkel kereta.  Nape? Of Coz lah sebab kereta problem... Semalam, ntah camne aku g keje naik kete, nasib aku bawak kete, kalau x wife aku nak p Library Shah Alam nun ng anak2... Fuhhh... Sewaktu naik bukit RnR Sg. Buloh, kerete star jerking atau tersengguk sengguk kata orang kite,  haa sudah.. ape plak masalah nye ni.. kann...

Mula lah aku risau kut mati tgh jalan parok di buek nye... Dalam situasi macam ni lah kebanyakkan manusia mula ingat Tuhan... Allahhh... Insoffffff...

Aku park dulu tepi jalan kat highway, matikan enjin buat 5 minit, kut2 ok balik.. Then, aku bawak, mmg jadi balik.. xpe, as long boleh jalan, aku bawak slow2x..

Sampai Office mmg badan je lah kat office, fikiran dah melayang2 kat kerete kesayangan ni... Sempatlah mengGoogle antara punca2 kete korang semput2...

Kesimpulan yang aku dapat, antara faktor nya:

1) Spark Plug
2) Fuel Filter korang tersumbat
3) Kalau kete jenis fuel injection, mungkin Fuel Pump berkeladak, p lah service, tp kete aku jenis karburator, so kate mekanik mustahil punca nye bendelah ni, sebab kete ni xde fuel pump.. haaha..

Kat atas tu antara main thing yang bermain dalam pikiran aku...

Then dalam pukol 10 pagi, aku pun gerak lah ke bengkel kek Sungai Buloh nun...

Dokek yo, kek sinun byk skit kedai2 sparepart...

Aku pun acah2 expert lah kat pomen situ... kunun mintak tukar Fuel Filter, pastu dia tukar lah, tgk2 ok lagi fuel filter kete aku... Time ni lah aku berlaku jujur, haha.. tanya tu tanya ni... Pomen pun cadangkan tukar spark plug, bila bukak jer satu plug, mmg sah lah, berkeladak... aku dan pomen sebulat suara mengatakan spark plug mmg dah kene tukar ni.. mmg puncanya...

Alang2 tu, aku servis sekali minyak Hitam, Oil filter... Tambah skit break oil sebab dah kurang...

Hmm xdan nak cite panjang2, biarlah gambar berbicara... hahaa..


Ni Fuel Filter yg aku tuko


Ni minyak itam, brand ape ntah.. haha..


Ni Oil filter


Minyak Brake, tambah je bagi cukup level dia..


Spark Plug aku yg lama, berkeladak..aiyooo


Tara... ni lah jumlah kos yg lebur.. hihi..

Ok tu je nak cerita, untuk rujukan aku d masa depan... =)






Saturday 11 October 2014

Pemuda Ramai satu kepelikan?


Masjid UiTM Shah Alam -Gambar hiasan-

Alhamdulillah.. syukur di atas segala nikmatNya yang Maha Luas...

Well, today i’m gonna story about Sang Kancil vs Sang Buaya eh, cerita-cerita macamni mesti korang dah basi dah kan... Almaklum lah zaman milenium kut, semua di hujung jari, bahkan teka teki yang amat payah lagi susah, yang amat dahsyat sampai berkerut miut dahi korang sebelum ni, sekalipun jikalau di Google, pasti akan ditemui jawabannya, tiada apa yang mustahil=p
Kih3x...

Tetiba aku teringat akan satu ceramah kat Masjid semalam, kata ustaz tu kan, zaman sekarang ni akan jadi kepelikan yang amat dahsyat, yang amat pelik kalau terjadi, sesuatu yang tak masuk akal, kalau situasi itu berlaku maka memang perlu masuk citer pelik tapi benar TV3, tp pelik nya hanya pelik pada zaman kita laa ni ja... haaa apa dia naaa?

Ok,aku tak nak jawab dulu, sengaja aku tinggalkan persoalan tu tergantung, jom teruskan bacaan.. hahaha... Manusia ni pada fitrahnya semakin tua akan semakin kembali pada fitrah, apa eak fitrah manusia?  Antara fitrah manusia ni suka pada agama, maksud nya amal soleh, ibada, nuntut ilmu kan... Tapi ada gak jenis yang tua masih tak sedar diri kan... Semakin tua semakin lupa diri.. (Moga kita dijauhkan menjadi golongan ni)  huuhuu..

Ce tengok kat masjid-masjid, surau-surau, kebanyakkan yang jadi pemenuh atau tetamu tetap daripada kalangan mana? Muda mudi kah? Atau tua tui (errr ade ke tua tui) Yup, memang kita akhirnya akan akur, ramai daripada golongan pesara (sopan sikit sebut dari tua kan...) Hurrmmm...

Jadi apa yang ustaz tu cuba sampai kan adalah kerisauan beliau, sebab kalau lah ada di kampung-kampung mahupun di bandar-bandar masjid nya dipenuhi dengan golongan muda mudi, dak-dak sekolah rendah, sekolah menengah, budak-budak U, budak-budak keje kerajaan mahupun swasta, cikgu-cikgu yang belum tua... Haaaa... korang pasti pelik kan...??  Pelik tapi kalau ia berlaku, aku pasti aura dia tu akan buat kau menangis... Yea, menangis... Aku ulang, nangis...

Dari pengalaman aku, yang setahun jagung baru ni, memang rata-rata masjid yang aku p, tak ramai beb golongan belia, golongan muda.. huhu...

Kalau ada maka beruntung sangat kan, sebab pa naa...? Tengok sini :

Dari Abu Hurairah r.a. Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Tujuh golongan, Allah akan menaungi mereka pada hari yang tiada naungan melainkan naungan-Nya: Pertama : Imam (pemimpin) yang adil. Kedua : Pemuda yang membesar dengan beribadah kepada Allah. Ketiga : Insan yang hatinya terpaut dengan masjid. Keempat : Dua insan yang berkasih sayang kerana Allah, mereka bertemu dan berpisah kerana Allah. Kelima : Insan yang diajak (digoda) oleh wanita yang berpangkat dan cantik, lalu ia berkata : ‘Sesungguhnya aku takutkan Allah’. Keenam : Insan yang bersedekah dengan cara yang tersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang di belanjakan oleh tangan kanannya. Ketujuh : Insan yang mengingati Allah secara bersunyian lalu menitiskan air matanya.”
 (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


Maka tanyalah pada diri sendiri, lagi-lagi diri aku ni, huk3x... Jom lah azam untuk sentiasa istiqamah kan diri p masjid atau pun surau-surau yea... Mudah-mudahan kita tercalon sebagai golongan yang hatinya terpaut pada masjid... Amin..